Manchester: Kekecewaan Manchester United terhadap prestasi pasukan yang terus merudum sehingga terperosok ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) memaksa kelab itu mengambil keputusan memecat Michael Carrick sebagai pengurus.

Keputusan itu diumumkan United pada Khamis selepas kelab berkenaan hilang kesabaran dengan rentetan keputusan mengecewakan yang gagal memenuhi sasaran ditetapkan pengurusan.

Dalam kenyataan rasmi, United mengakui permulaan musim yang mengecewakan menyebabkan pihak kelab terpaksa membuat keputusan sukar dengan melakukan perubahan di kerusi pengendali.

"Selepas permulaan musim yang mengecewakan, kelab membuat kesimpulan yang amat sukar bahawa perubahan perlu dilakukan bagi mencapai cita-cita kami," menurut kenyataan United.