Kuala Lumpur: Pengurus pasukan New Impact 29 A dan B, Nurakmal Firdaus Ahmad mahu menjadikan penyertaan dua regu kendaliannya dalam saingan Zon Tengah-Selatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 sebagai platform mencungkil bakat baharu daripada sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11, Shah Alam.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata, penyertaan kali ini cukup bermakna buat dirinya apabila berpeluang kembali menyumbang bakti kepada sekolah yang menjadi titik permulaan perjalanan kariernya sehingga berjaya menyarung jersi negara.
Menurutnya, dua regu yang dibawa ke saingan Zon Tengah-Selatan itu dibarisi pemain dari SMK Seksyen 11, sekali gus membuka ruang untuknya berkongsi pengalaman serta membimbing generasi muda yang berpotensi diketengahkan pada masa depan.









