Pantai Kundor: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada kerajaan negeri Kedah untuk menentukan kedudukan dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) daripada parti itu.

Beliau berkata, keputusan berkaitan kedudukan EXCO adalah hak kerajaan negeri dan beliau tidak mahu mengulas lanjut perkara berkenaan.

Menurutnya, situasi sama juga berlaku seperti di negeri Kelantan, yang mana keputusan menggugurkan EXCO dari parti BERSATU sudah dibuat dan itu hak kerajaan negeri.

"Kalau mana-mana kerajaan negeri membuat keputusan, itu adalah hak mereka.