Manchester: Manchester United Supporters' Trust mengkritik pemilik kelab berikutan pemecatan pengurus, Michael Carrick, selain mendesak pihak pengurusan tertinggi bertanggungjawab terhadap masalah yang melanda pasukan itu.
United melantik Carrick sebagai pengendali sementara selepas memecat Ruben Amorim pada Januari lalu sebelum menawarkan kontrak sehingga 2028 susulan kejayaannya mengubah prestasi pasukan.
Bagaimanapun, keputusan memecat Carrick selepas United hanya mencatat satu kemenangan liga musim ini, sekali gus menghuni tangga ke-18 dengan lapan mata daripada 10 perlawanan, mengundang kemarahan penyokong.
Keluarga Glazer yang masih memiliki pegangan majoriti dalam kelab itu berdepan kritikan hebat penyokong berhubung perbelanjaan besar untuk mendapatkan pemain yang dianggap tidak setimpal dengan prestasi, selain kelewatan pelaburan dalam infrastruktur kelab.








