Rom: Juara dunia Formula Satu (F1) termuda, Kimi Antonelli mengakui kejayaan merangkul gelaran itu semakin membakar keinginannya untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan dalam sukan permotoran.

Pelumba Itali berusia 20 tahun itu berkata, pengalaman bergelar juara dunia memberikan kepuasan luar biasa sehingga membuatkannya semakin bersemangat untuk mengulangi pencapaian berkenaan.

"Saya mungkin lebih dahagakan kejayaan berbanding sebelum ini kerana kemenangan adalah perasaan yang luar biasa, antara perkara terbaik yang boleh berlaku kepada seseorang.

"Anda hanya mahu terus mengulanginya berkali-kali," katanya pada sidang media di San Marino.