Ketua Penerangan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kata kuasa pengampunan ialah prerogatif diraja dan bukan untuk ditafsir semula oleh pegawai kerajaan 'mengikut kesesuaian politik'.PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara (Wawasan) mendesak kerajaan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab dalam isu penangguhan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas presiden Umno, Najib Razak.

Mendesak kerajaan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong dengan segera, Ketua Penerangan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kuasa pengampunan ialah prerogatif diraja dan bukan untuk ditafsir semula oleh pegawai kerajaan "mengikut kesesuaian politik".

"Titah Agong bertarikh 7 Nov menutup segala ruang untuk berdolak-dalik. Baginda menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat itu jelas dan tanpa ambiguiti, bahawa semua syarat telah dipenuhi, dan bahawa sebarang hujah mempertikaikannya menjurus kepada keingkaran terhadap perintah baginda," katanya dalam kenyataan.