SAN FRANCISCO: Jensen Huang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) gergasi kecerdasan buatan (AI), Nvidia, menurut kenyataan syarikat itu, susulan pendedahan mengenai dua hubungan sulitnya, termasuk satu hubungan dengan wanita yang didakwa menjadi perisik China.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Colette Kress, akan menjalankan tugas sebagai CEO interim sementara lembaga pengarah mencari pengganti tetap, sekali gus menamatkan tempoh 33 tahun Huang menerajui syarikat gergasi global yang diasaskannya bersama.

Huang, 63, turut melepaskan jawatannya dalam lembaga pengarah.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak memberikan sebarang alasan berhubung peletakan jawatannya.