Peletakan jawatan Jensen Huang dibuat susulan pembongkaran dua hubungan sulit di luar perkahwinan, termasuk dengan seorang wanita didakwa perisik China. (Gambar EPA Images)WASHINGTON: Jensen Huang meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Nvidia sekali gus menamatkan tempoh 33 tahun menerajui syarikat gergasi kecerdasan buatan (AI) yang diasaskannya bersama, susulan terbongkar mempunyai dua hubungan sulit di luar perkahwinan, termasuk dengan seorang wanita didakwa perisik China.

Lembaga pengarah syarikat itu memaklumkan Huang telah berundur sebagai presiden, CEO, dan ahli lembaga pengarah, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Kewangan Colette Kress akan berkhidmat sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif, sambil mengekalkan peranan kewangannya, dan lembaga pengarah akan mempertimbangkan calon dalaman serta luaran bagi pengganti tetap.