Ketua Polis Papar, Heryan Mohd Tahir, berkata kematrian pasangan warga Indonesia diklasifikasikan mati mengejut.PETALING JAYA: Suami isteri maut dalam keadaan berpelukan dipercayai jatuh dalam kolam kumbahan ternakan babi di Kampung Kawari, Papar.
Mayat mangsa warga asing itu dilaporkan ditemui sekitar 11.56 pagi tadi, selepas lelaki berkenaan terlebih dulu tergelincir dalam kolam kumbahan ternakan babi tersebut, sebelum isterinya cuba membantu, namun turut jatuh.
Ketua Polis Papar, Heryan Mohd Tahir, berkata sepasukan anggota dari Balai Polis Papar bersama bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan serta membantu mengeluarkan mangsa.
"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa adalah pasangan suami isteri warga Indonesia yang bekerja di kandang ternakan berkenaan.







