WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang, meletakkan jawatan pada Khamis selepas 33 tahun menerajui syarikat gergasi kecerdasan buatan (AI) yang diasaskannya, susulan pendedahan mengenai dua hubungan sulit di luar perkahwinan, termasuk dengan seorang wanita yang dituduh menjadi pengintip China.

Lembaga pengarah syarikat itu mengesahkan Huang melepaskan jawatan sebagai presiden, CEO dan anggota lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Nvidia, Colette Kress akan menjalankan tugas sebagai CEO sementara sambil mengekalkan jawatan kewangannya.

Lembaga pengarah akan mempertimbangkan calon daripada kalangan kakitangan dalaman dan pihak luar bagi mengisi jawatan CEO secara tetap.-AFP