KUDAT: Polis menahan seorang lelaki dengan enam rekod jenayah dalam operasi membanteras dadah di Kampung Lodung, di sini, hari ini.

Dia ditahan selepas pemeriksaan terhadap suspek berusia lingkungan 30-an itu menemukan sembilan paket plastik lutsinar mengandungi hablur kristal disyaki syabu seberat 51.06 gram disyaki untuk tujuan pengedaran.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata selain dadah, polis turut merampas sebuah bekas plastik lutsinar, satu beg kecil berwarna hitam dan sebatang penyedut minuman lutsinar berwarna kuning dipercayai mempunyai kaitan penyalahgunaan dadah.

"Nilai rampasan dianggarkan RM5,100," katanya melalui kenyataan.