MELAKA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengeaskan pendirian beliau untuk kekal dengan keputusan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
Bagaimanapun katanya beliau bersama Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penegasan itu dibuat Loke ketika berucap di Grand Finale Pakatan Harapan (PH) selepas Perdana Menteri di pentas sama menyatakan mahu berunding semula dengan Ahli Parlimen Seremban itu dalam isu peletakan jawatan berkenaan.
Loke berkata, 40 Ahli Parlimen DAP termasuk dirinya kekal teguh menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, sekali gus menolak sebarang tanggapan bahawa peletakan jawatannya mencerminkan keretakan dalam kerajaan.









