MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu berunding semula dengan Anthony Loke berkaitan peletakan jawatan Ahli Parlimen Seremban itu sebagai Menteri Pengangkutan.Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau belum membuat keputusan berkaitan surat peletakan jawatan Anthony yang telah diterimanya sebelum ini."Ya, memang saudara Anthony ada tulis surat kepada saya letak jawatan serta-merta, tetapi saya sebagai Perdana Menteri belum terima peletakan jawatan dia."Jadi, ketika ini, dia nak cuti sekejap, okey. Tetapi, peletakan jawatan kita kena runding semula," katanya ketika berucap pada Grand Finale Jelajah PH, Melaka Rumah Kita di Bukit Baru, di sini pada Khamis.Anwar berkata, Anthony mempunyai rekod pentadbiran yang bersih dan amanah, selain bekerja kuat membawa pelbagai inisiatif pada peringkat Kementerian Pengangkutan bagi manfaat rakyat."Kita lantik (Anthony) menteri, menteri itu amanah, bersih. Menteri itu kerja kuat. Menteri itu beri banyak cadangan, projek, program untuk memudahkan perjalanan rakyat dan juga pemandu-pemandu teksi."Beliau antara menteri paling kuat bekerja, diterima baik oleh pegawai-pegawai di kementerian. Jadi, sebab itu saya kata orang macam ini yang baik, dia orang (mereka) suruh berhenti. Yang teruk, dia suruh kekal. Apakah dunia ini sudah terbalik?" katanya.Anthony pada Selasa memaklumkan peletakan jawatan beliau berkuat kuasa serta-merta, selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028. - Bernama
Anwar mahu runding semula dengan Anthony berkaitan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu berunding semula dengan Anthony Loke mengenai peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.
- Anwar belum menerima surat peletakan jawatan Anthony.
- Anthony dianggap mempunyai rekod pentadbiran yang bersih dan amanah.
- Anwar menyifatkan Anthony sebagai menteri yang bekerja kuat dan diterima baik oleh pegawai.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Anwar mahu runding semula dengan Anthony berkaitan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan (this story)









