KUALA LUMPUR – Grab Malaysia menyambut baik keputusan Tribunal Pekerja Gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang menolak sebahagian besar tuntutan terhadap platform e-hailing itu, sekali gus mengiktiraf kewajaran mekanisme operasi berkaitan keselamatan, struktur tambang dan dasar insentifnya.Grab dalam satu kenyataan berkata, keputusan berkenaan turut mengesahkan kepentingan mekanisme operasi platform itu dalam melindungi sumber pendapatan rakan-pemandu serta memastikan perkhidmatan e-hailing kekal selamat dan boleh dipercayai.Menurut kenyataan itu, Tribunal mengiktiraf hak platform mengambil tindakan terhadap rakan-pemandu yang melakukan pelanggaran keselamatan atau salah laku terhadap penumpang.Selain itu, katanya, Tribunal turut menerima kewajaran pelaksanaan ciri operasi seperti penangguhan sementara penerimaan tempahan, had pembatalan dan sistem pengagihan perjalanan."Mekanisme berkenaan bertujuan mengurangkan pembatalan berulang, memastikan alasan pembatalan digunakan secara sewajarnya serta mengurangkan masa menunggu tanpa pendapatan bagi pemandu," kata kenyataan itu pada Khamis.Grab berkata, Tribunal juga menolak dakwaan yang mempertikaikan integriti algoritma platform, pengiraan tambang, audit sistem secara bebas, sistem penarafan pelanggan dan proses penyelesaian pertikaian."Tuntutan berkaitan struktur insentif turut ditolak, sekali gus mengiktiraf kesahihan dasar insentif serta pelaksanaan kontrak platform berkenaan," katanya.Bagaimanapun, kata kenyataan itu, pemerhatian Tribunal yang selebihnya menyentuh cadangan supaya maklumat kepada rakan-pemandu mengenai operasi sesetengah ciri platform diperjelaskan.Grab berkata, pihaknya sedang meneliti cadangan berkenaan sebelum mempertimbangkan tindakan selanjutnya.Dalam pada itu, Grab menjelaskan mekanisme operasi platform tersebut diwujudkan bukan untuk menyekat kebebasan pemandu, sebaliknya memastikan perjalanan dapat dilaksanakan dengan lancar, mengurangkan masa menunggu penumpang dan meminimumkan perjalanan tanpa penumpang.Menurutnya, pendapatan harian pemandu bukan hanya bergantung kepada tambang tinggi bagi beberapa perjalanan, tetapi turut dipengaruhi keupayaan menyelesaikan lebih banyak tempahan dengan masa menunggu tanpa bayaran yang minimum.Jelasnya, sistem pengagihan perjalanan secara automatik kepada pemandu paling hampir dapat menjimatkan masa dan penggunaan bahan api kerana mereka tidak perlu merentasi kawasan bandar untuk mengambil penumpang."Malah, mekanisme itu turut membantu mempercepatkan perkhidmatan kepada penumpang dan mengurangkan pembatalan tempahan apabila mereka tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan pemandu," katanya.Sebaliknya, penolakan atau pembatalan tempahan secara berulang boleh menyebabkan penumpang menunggu lebih lama, manakala pemandu terpaksa menanggung kos bahan api dan kehilangan peluang memperoleh pendapatan."Keadaan itu juga berpotensi menyebabkan jumlah penggunaan aplikasi berkurangan sekiranya penumpang hilang keyakinan te