Skim perlindungan bil elektrik yang diperkenalkan pada September itu meliputi isi rumah yang menggunakan sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) elektrik sebulan, bersamaan anggaran bil sebanyak RM328 atau kurang.PETALING JAYA: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menanggung sebahagian besar kos berjumlah RM248 juta bagi skim perlindungan bil elektrik selama empat bulan untuk isi rumah, kata Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Fadillah Yusof.

Beliau berkata RM180 juta diperuntukkan bagi mengecualikan isi rumah daripada caj pelarasan bahan api tambahan, dengan kerajaan dan TNB berkongsi kos bagi September.

TNB akan menanggung sepenuhnya kos caj tersebut dari Oktober hingga Disember, kata Fadillah, yang juga timbalan perdana menteri, dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan).