NEW YORK: Lebih 150,000 khemah yang dibeli rakan kongsi kemanusiaan dan negara anggota masih berada di luar Semenanjung Gaza sementara menunggu kebenaran Israel untuk dibawa masuk ke wilayah itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.
Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq, memberitahu pemberita dalam satu taklimat media bahawa jumlah itu termasuk 117,000 khemah daripada Jawatankuasa Bantuan Mesir di El Arish, lapor Anadolu Ajansi.
Ketika ditanya mengenai perkara yang diperlukan bagi membolehkan khemah berkenaan dibawa masuk ke Gaza, Haq berkata: "Akhirnya, kami memerlukan kerjasama pihak berkuasa Israel untuk memberikan kebenaran supaya kami dapat membawa masuk khemah berkenaan."









