PETALING JAYA – Penduduk di sekitar Seksyen 3, di sini meluahkan rasa bimbang susulan dakwaan kegiatan mencuri kabel bawah tanah yang didakwa semakin menjadi-jadi di kawasan perumahan mereka.
Menerusi perkongsian pengguna Threads dikenali sebagai @buqhaziz, kejadian terbaharu disedarinya pagi tadi di kawasan simpang berhampiran Jalan 3/65 selepas dia menghantar anaknya ke taska.
Katanya, dia mendapati penutup lubang penyelenggaraan (manhole) kabel di tepi jalan berada dalam keadaan terbuka berserta kesan getah kabel yang ditarik.
“Pagi ni lepas hantar anak ke taska, aku tengok manhole untuk kabel terbuka. Tak boleh husnuzon sebab ada kesan getah ditarik. Nah, malaun curi kabel.








