KAJANG: Seorang lelaki berusia 20-an ditahan selepas tindakannya mencuri dompet dari kereta di Taman Rakan, Cheras, semalam dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata mangsa berusia 28 tahun mendapati dompetnya hilang pada 8 pagi.
Beliau berkata, semakan rakaman CCTV mendapati seorang lelaki memasuki kawasan rumah mangsa sebelum mengambil dompet mengandungi kad pengenalan serta kad ATM dan debit milik mangsa.
Rakaman itu menunjukkan lelaki berpakaian gelap mundar-mandir di anjung rumah berkenaan yang turut menempatkan beberapa motosikal dan sebuah kereta.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fadlyzahari1_424610.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

