KUALA LUMPUR: Sebanyak 211 syarikat dinyahaktifkan daripada Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) setakat 30 Oktober lalu, susulan ketidakpatuhan terhadap syarat pengedaran dan penjualan minyak masak paket bersubsidi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan, sebanyak lapan kes kesalahan berkaitan larangan penjualan dan pembelian minyak masak peket bersubsidi oleh bukan warga negara turut direkodkan, hasil pelaksanaan Mobile eCOSS serta penguatkuasaan peraturan berkuat kuasa 1 Mac 2026.

KPDN dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen hari ini bagi menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berkaitan pelaksanaan eCOSS, dalam memastikan ketersediaan stok minyak masak peket bersubsidi dan mengurangkan ketirisan.