Pengarah JPJ Kelantan Misuari Abdullah mengingatkan pemilik dan pemandu van tidak ambil mudah aspek keselamatan murid, dengan memastikan kenderaan dalam keadaan baik serta mempunyai dokumen dan lesen sah. (Gambar Bernama)KOTA BHARU: Lebih 1,000 van persendirian di Kelantan dipercayai menjalankan perkhidmatan membawa murid sekolah tanpa memenuhi peraturan ditetapkan bagi kenderaan perkhidmatan pengangkutan awam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Misuari Abdullah, berkata daripada jumlah itu, kira-kira 100 van dikesan beroperasi di sekitar Kota Bharu, dengan kebanyakannya berusia lebih 20 tahun.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kegiatan itu kerana penggunaan kenderaan persendirian bagi membawa murid sekolah secara komersial perlu mematuhi syarat pelesenan, permit serta aspek teknikal dan keselamatan.