Kajian Ilham Centre menunjukkan kadar penerimaan terhadap Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh mencecah 86% manakala kerajaan negeri mencatat 85% sekali gus memberikan kelebihan kepada BN berdasarkan rekod perkhidmatan sepanjang pentadbirannya. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mendahului persaingan di 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka, menurut unjuran Ilham Centre menjelang PRN esok.

Pakatan Harapan (PH) pula berada pada kedudukan selesa di dua kerusi tradisinya, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, manakala Ayer Keroh serta Kesidang yang sebelum ini disandang gabungan itu dikategorikan sebagai sengit.

Dalam kenyataan hari ini, Ilham Centre berkata unjuran itu bersandarkan dapatan kajian lapangan yang menunjukkan pengukuhan kerjasama BN-PN, khususnya dalam menyatukan sokongan pengundi Melayu.