Semalam, jumlah mangsa banjir di Selangor terus meningkat dengan dua lagi pusat pemindahan sementara dibuka. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempercepat usaha menangani banjir berulang di Selangor, termasuk menambah peruntukan serta meningkatkan kekerapan kerja pembersihan parit dan sungai.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata tindakan itu perlu diselaraskan segera antara semua jabatan berkaitan dengan kerajaan negeri bagi mengurangkan beban penduduk yang terpaksa berdepan banjir berulang kali.
Katanya, beliau tidak dapat menerima keadaan apabila penduduk terpaksa berdepan banjir sehingga empat atau lima kali setahun, meskipun paras air tidak terlalu tinggi.
“Hasil pertemuan saya dengan menteri-menteri dan kerajaan Selangor semalam, saya bermesyuarat di Parlimen kerana masalah yang dihadapi kesan banjir berterusan.








