Kuala Lumpur: Seramai 1,764 mangsa banjir daripada 475 keluarga di tiga negeri masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4.30 petang ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga negeri yang terjejas ialah Selangor, Perak dan Sarawak.

Selangor merekodkan jumlah tertinggi membabitkan seramai 1,454 mangsa daripada 390 keluarga yang berlindung di lapan PPS di daerah Kuala Selangor.

Sementara itu, di Perak, 274 mangsa daripada 79 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak.