Georgetown: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang mengambil maklum berhubung hantaran tular di media sosial membabitkan seorang wanita mendakwa anaknya ditampar, dicubit dan dihina guru kerana tidak mampu memperolehi keputusan baik dalam subjek Prinsip Perakaunan.
didakwa membabitkan pelajar Tingkatan Lima sekolah di Kubang Semang, di sini, berada dalam pengetahuannya.
"Saya ambil maklum dan dalam pengetahuan saya. Nanti saya beri maklum balas ... minta sedikit masa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, menerusi hantaran berkenaan di laman sosial Threads, wanita itu mendakwa anak perempuannya kini hilang keyakinan diri dan takut hendak ke sekolah.









