SEREMBAN – Pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad yang mendakwa didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Nubhan, 40, yang juga seorang usahawan itu telah membuat laporan polis pada 23 Oktober lalu.
“Laporan polis kes berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘cover report’ dan setakat ini tiada kertas siasatan dibuka. Bagaimanapun, pihak polis memantau perkembangan kes ini.
“Pihak kami juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes ini kerana ia membabitkan hal peribadi dan sulit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.










