Key takeaways
Takiyuddin Hassan mempersoalkan kelewatan empat hari memindahkan Najib Razak dari Penjara Kajang ke kediamannya, mendakwa ia melanggar hak kebebasan individu. Beliau menyatakan kekeliruan tersebut sepatutnya diselesaikan pada 6 November melalui komunikasi segera antara Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.
- Pemindahan Najib Razak dari Penjara Kajang ke kediamannya berlaku lewat empat hari.
- Takiyuddin Hassan mendakwa kelewatan itu merupakan pencerobohan terhadap hak kebebasan individu.
- Beliau mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak menghubungi mahkamah pada 6 November.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Kelewatan empat hari memindahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dari Penjara Kajang ke kediamannya didakwa sebagai pencerobohan terhadap hak kebebasan individu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kekeliruan itu sepatutnya diselesaikan lebih awal menerusi komunikasi antara Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan pihak mahkamah.
"Jika berlaku kekeliruan, mengapa tak hubungi pihak mahkamah pada hari sama (6 November)?
"Berdasarkan pengalaman kami sebagai peguam, kami boleh menghubungi pegawai mahkamah melalui telefon. Apatah lagi Peguam Negara atau pegawainya sendiri yang boleh berbuat demikian.