Ramkarpal Singh berkata, permohonan semak semula perintah pelepasan Mahkamah Tinggi terhadap Najib Razak wajar dibuat serta-merta.PETALING JAYA: Ketua biro undang-undang DAP Ramkarpal Singh mempertahankan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perintah mahkamah mengenai tahanan rumah Najib Razak, menegaskan langkah itu tidak bermaksud mempersoalkan prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam pengurniaan pengampunan.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu bersetuju perkataan 'discharge' (pelepasan) dalam perintah Mahkamah Tinggi tersebut boleh ditafsirkan sebagai 'pembebasan' bagi Najib, dan bukannya pemindahan beliau ke tahanan rumah.
Ramkarpal berkata, perkara ini sekali gus bercanggah dengan pengampunan bersyarat yang secara jelas menetapkan bahawa bekas perdana menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah jika dia membayar denda RM50 juta.






