Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar mempertikaikan seruan perdana menteri agar pengundi Melaka memilih calon mempunyai akses terus ke pejabatnya, sambil menyifatkannya sebagai taktik pilihan raya lama.PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar meramalkan PRU awal akan dipanggil, sekiranya pakatan PN-Barisan Nasional (BN) menang PRN Melaka, Sabtu ini.
Naib Presiden PAS, berkata kemenangan bagi kedua gabungan yang bersekutu itu mampu mencetuskan lagi 'perkembangan politik' dan meletakkan tekanan ke atas Pakatan Harapan (PH) dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara yang dimaksudkan dengan "perkembangan politik" tersebut.
“Saya tidak akan terkejut sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum tamat tempoh,” katanya dalam audio siar Kekal Tenang.





