PUTRAJAYA: Anggota polis yang parah selepas ditetak warga asing dalam insiden di Kepong baru-baru ini, menunjukkan perkembangan positif apabila sudah mampu menggerakkan beberapa jari pada tangan yang tercedera.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
"Menteri Kesihatan memaklumkan pembedahan di HKL untuk menyambung semula tangan anggota polis telah berjaya dan mengambil masa tujuh jam.
"Jemaah Menteri turut mengambil maklum pakar pembedahan di HKL berjaya melaksanakan tugas ini dan anggota polis berkenaan menunjukkan perkembangan positif dengan keupayaan menggerakkan beberapa jari daripada tangan yang terkesan," katanya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsolehin12_627513.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
