KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memastikan anggota dilengkapi dengan latihan mencukupi, peralatan perlindungan bersesuaian serta prosedur operasi yang mengutamakan keselamatan.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, polis perlu sentiasa berwaspada, peka dan bersedia menghadapi sebarang risiko khususnya ketika berdepan dengan individu berpotensi bertindak ganas.
"Apa yang membimbangkan ialah peningkatan tingkah laku ganas dalam masyarakat.
"Serangan menggunakan senjata dan tindakan agresif melampau tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang biasa.









