PETALING JAYA: Insiden menimpa Lans Koperal Theirry Rodger Fendy, 26, yang mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus selepas ditetak suspek ketika menjalankan tugas, terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat anggota berkenaan bagi meninjau keadaan kesihatannya.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota berkenaan bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Menurut hantaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus selepas ditetak suspek ketika menjalankan tugas.