KUALA SELANGOR: Penduduk Kampung Bukit Hijau bingung memikirkan keadaan banjir yang sudah masuk hari ketujuh di daerah ini, terutama dengan situasi 'air termenung' yang dihadapi.
Penduduk yang hanya mahu dikenali Noraini, 52, berkata keadaan itu dikesan ketika dia pulang untuk memberi makan kucing peliharaannya sebelum menyedari keadaan rumah berbau masam, busuk serta dipenuhi lumpur dan sampah-sarap.
Paling membimbangkan, katanya 'air termenung' yang hanya surut sedikit demi sedikit dan mungkin naik semula jika hujan lebat.
"Keadaan ini menyukarkan kami sekeluarga untuk bersihkan rumah. Setiap kali banjir, kami terpaksa menanggung kerugian apabila sebahagian besar kelengkapan rumah dan harta benda rosak.









