BAGAN DATUK: Sebuah lori terbabas berhampiran Kampung Kota, dekat Hutan Melintang di sini menyebabkan ribuan ikan yang dibawa bertaburan di atas jalan raya terbabit.

Beberapa foto tular di media sosial menunjukkan ikan bersaiz kecil memenuhi jalan menghala Sabak Bernam itu di Kilometer 29 Jalan Feri susulan kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali, berkata siasatan mendapati lori berkenaan terbabas selepas tayar belakang di sebelah kiri tercabut.

"Kemalangan tidak menyebabkan kerosakan harta awam atau kenderaan lain.