BAGAN DATUK: Ribuan ikan bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan itu terbabas ke bahu jalan ketika dalam perjalanan dari Hutan Melintang menghala ke Kampung Kota, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Mohd. Azroisan Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.40 petang.
Katanya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ikan sebelum terbabas ke bahu jalan sehingga menyebabkan muatannya bertaburan di atas permukaan jalan raya.
“Bagaimanapun tiada kecederaan atau mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.








