Mauricio Pochettino bakal berdepan tugas besar untuk memulihkan Manchester United sekiranya dilantik menggantikan Michael Carrick
Key takeaways
Mauricio Pochettino harus menangani lima isu utama jika dilantik sebagai jurulatih Manchester United, termasuk memperbaiki struktur permainan, intensiti, pertahanan, kestabilan pemain, dan hubungan pengurusan.
- United berada di zon penyingkiran EPL, memerlukan peningkatan prestasi.
- Pochettino dikenali dengan tekanan tinggi dan pergerakan aktif tanpa bola.
- Cabaran tambahan termasuk keseimbangan skuad dan kuasa ketua jurulatih dalam pengurusan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
MANCHESTER: Mauricio Pochettino bakal berdepan tugas besar untuk memulihkan Manchester United sekiranya dilantik menggantikan Michael Carrick di Old Trafford.
Sky Sports menerusi analisis wartawannya, Nick Wright menggariskan lima perkara utama yang perlu ditangani pengendali Argentina itu jika proses pertukaran jurulatih benar-benar berlaku.
United ketika ini berada dalam zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menjadikan peningkatan prestasi dan keputusan sebagai keutamaan paling mendesak.
“Selain itu, struktur permainan dan tahap intensiti pasukan turut perlu diperbaiki bagi disesuaikan dengan pendekatan Pochettino yang terkenal dengan tekanan tinggi serta pergerakan aktif tanpa bola.