MELAKA – Pengalaman dalam urusan pentadbiran dan pe­ngurusan perbandaran di Kuala Lumpur menjadi antara kelebihan yang mahu dimanfaatkan bagi menambah baik kemudahan infrastruktur serta penyampaian perkhidmatan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Azman Abidin berkata, pendedahan dalam membantu urusan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh dijadikan panduan untuk memperkukuh pengurusan perbandaran di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pengalaman itu akan digunakan bagi me­ngenal pasti ruang penambahbaikan dalam perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya menerusi kerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).