RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 4,000 anak pokok dipercayai berpenyakit bernilai RM200,000 ketika melakukan sekatan jalan raya (SJR) di Chabang Empat Salam, di sini.
Dalam operasi jam 8 malam tadi, anggota Kompeni C, Batalion 7 PGA menahan lori untuk pemeriksaan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, berkata, pemeriksaan di bahagian belakang lori menemui sejumlah anak pokok Abiu yang disyaki berpenyakit.
Katanya, dua lelaki tempatan iaitu pemandu dan kelindan masing-masing berusia 35 tahun serta 23 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.










