MELAKA – Barisan Nasional (BN) memberi bayangan akan membabitkan Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka sekiranya gabungan itu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika berucap pada program Ceramah Grand Finale PN & BN di DUN Paya Rumput, di sini malam tadi.
Beliau berkata, kerjasama antara BN dan PN yang terjalin ketika ini diharap dapat diteruskan selepas pilihan raya, termasuk melalui pembentukan kerajaan negeri secara bersama.
“Selepas 14 hari bulan ini, selaku Pengerusi Barisan Nasional, ditakdirkan kemenangan bersama-sama BN dan PN, insya-Allah, kerajaan negeri Melaka juga akan membabitkan Perikatan Nasional di dalam pembentukan kerajaan di Melaka.









