Georgetown: Kerja mitigasi kecemasan dan penstabilan cerun susulan kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini, dijangka mengambil masa antara empat hingga lima bulan untuk diselesaikan.

Berikutan itu, penduduk empat rumah yang dikosongkan masih belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sebagai langkah keselamatan sehingga kerja-kerja berkaitan selesai sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, H'ng Mooi Lye berkata, penduduk hanya dibenarkan kembali ke rumah selepas kerja mitigasi di Zon 1 selesai sepenuhnya serta mendapat pengesahan daripada Jurutera Geoteknikal.

"Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang sudah menerima dokumen penuh serta permohonan rasmi daripada Aptitude Consulting Engineers Sdn Bhd, semalam bagi menjalankan kerja mitigasi kecemasan dan penstabilan cerun di tapak pembinaan yang terbabit kejadian tanah runtuh itu.