KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pembaharuan fiskal oleh kerajaan berjaya mengawal penompokan hutang negara selaras Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, defisit fiskal Malaysia mencatat penurunan setiap tahun sejak 2021 iaitu daripada 6.4 peratus kepada 3.7 peratus pada 2025.
Katanya, unjuran kadar defisit pada 2026 ialah 3.6 peratus, manakala pada Belanjawan 2027, ia diunjur menurun kepada 3.3 peratus, manakala sasaran FRA untuk 2028 ialah tiga peratus.
"Defisit fisikal yang menurun bermakna pinjaman baharu berkurang. Pinjaman baharu pada 2025 berkurangan menjadi RM75.6 bilion berbanding RM76.8 bilion (2024).








