Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kerajaan membuat hutang baharu bagi menampung perbelanjaan negara.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya jumlah hutang akan bertambah selagi belanjawan negara dalam defisit dan dibiayai melalui pinjaman.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, hutang juga bersifat terkumpul, dengan pinjaman bersih tahun semasa menambah baki hutang tahun terdahulu yang belum dilunaskan.

Selain itu, katanya, Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran dengan jumlah hutang sedia ada melepasi RM1 trilion dengan peningkatan mendadak hutang antara 2020 hingga 2022 diperlukan akibat pandemik COVID-19.