Kuala Lumpur : Peminat muzik tempatan dan Nusantara bakal disajikan dengan pengalaman berbeza menerusi penganjuran Ruang Nyaman Fest iaitu festival muzik indoor eksklusif di Mega Star Arena, pada Sabtu ini.
Dianjurkan Thrive Events dan diasaskan oleh Haqimi Zamri, festival ini menghimpunkan barisan pemuzik hebat dari Indonesia iaitu Cakra Khan, Sammy Simorangkir, Idgitaf, Kaleb J dan Pusakata serta menampilkan bakat tempatan, Najmi Niery.
Uniknya, kesemua enam artis ini akan membuat persembahan dalam satu hari tanpa sebarang persembahan pengisi (fillers), sekali gus memberi nilai berganda kepada penonton.
Menurut Haqimi Zamri, ia diwujudkan sebagai platform buat peminat berhenti seketika daripada kesibukan harian dan menikmati karya muzik yang dekat di hati dalam suasana yang selesa.








