KUALA TERENGGANU: Polis memburu dua lelaki terbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai emas di Batu 6 di sini, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan, 10.46 pagi.
Katanya, pihaknya mendapati salah seorang suspek dipercayai berbangsa Melayu memegang sebilah parang ketika meluru masuk ke dalam kedai terbabit.
Beliau berkata, kejadian berlaku dengan pantas tidak sampai satu minit dan ketika kejadian empat orang pekerja sedang bertugas di dalam kedai berkenaan.









