BANGI: Sebarang cadangan untuk meluaskan pelaksanaan tahanan rumah kepada semua individu yang layak perlu dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata cadangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengenai pelaksanaan tahanan rumah diperluaskan kepada semua individu pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Katanya, KDN sedang meneliti pendekatan berkenaan sebagai mekanisme baharu.
"Saya rasa dia (Mohamad) kena bincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) kerana saya dimaklumkan isu itu pernah dibincang dalam Kabinet dengan KDN mahu lihat isu tahanan di rumah sebagai pendekatan baharu.









