Kuala Lumpur: MGB Berhad, syarikat pembinaan, pembangunan hartanah dan pengeluar konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad melakar kejayaan berganda apabila meraih dua Anugerah Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) pada majlis anugerah QUEST 2026 di sini.
Pengiktirafan berprestij yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu mencerminkan komitmen tinggi syarikat dalam mengekalkan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada setiap operasi pembinaannya.
MGB melalui anak syarikat milik penuhnya, MGB Construction & Engineering Sdn. Bhd (MGBCE) menerima pengiktirafan menerusi projek Central Hub (AP8) dan Idaman Perdana di bawah kategori Anugerah Keselamatan Cemerlang Kategori Projek Swasta.






