KUALA LUMPUR: Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan Taiwan diteruskan seperti biasa tanpa sekatan meskipun satu mesyuarat kerjasama ekonomi antara kedua-dua pihak ditangguhkan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Malaysia dan Taiwan masih berhubung secara berkala melalui pejabat perwakilan serta mekanisme kerjasama ekonomi sedia ada.
Katanya, aktiviti perdagangan dua hala termasuk eksport dan import tidak terjejas, manakala perbincangan mengenai pelaburan turut diteruskan.
"Malaysia sudah lama berhubung dengan Taiwan. Kita menghormati Dasar Satu China sejak 1974, namun perdagangan dengan Taiwan diteruskan seperti biasa.









