Kuala Lumpur: Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan Taiwan tidak terjejas susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China.

Anwar berkata, Malaysia masih menerima pelabur dari Taiwan, malah perdagangan antara kedua-dua pihak meningkat ketara tahun ini.

"Apakah (hubungan) terjejas? Setakat ini, tidak. Sehingga tahun ini, import dan eksport melonjak sangat tinggi.

"Dari Januari hingga September 2026, eksport kita ke Taiwan RM116.58 bilion, manakala import RM137.67 bilion.