KUALA LUMPUR: Kedudukan hutang negara dan keupayaan fiskal kerajaan mendepani kemungkinan konflik di Asia Barat yang semakin meruncing, selain isu hubungan perdagangan serta pelaburan Malaysia-Taiwan antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) akan meminta Perdana Menteri menjelaskan faktor hutang negara masih belum dapat dikurangkan ke paras lebih mampan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).
Beliau juga ingin tahu kedudukan fiskal semasa negara bagi membolehkan kerajaan melaksanakan langkah intervensi bagi melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekiranya konflik di Asia Barat semakin meruncing.










