HANG TUAH JAYA: Kerjasama jentera dan penyokong Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini disifatkan lebih baik berbanding ketika PRN Negeri Sembilan sebelum ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, kerjasama erat itu dapat dilihat sejak hari penamaan calon apabila kedua-dua gabungan bergerak sebagai satu pasukan bagi membantu calon masing-masing.

"Saya tengok kerjasama di Melaka lebih baik daripada Negeri Sembilan. Mungkin kerana sebahagian jentera Melaka ini turut turun ke Negeri Sembilan baru-baru ini dan melihat kerjasama yang sangat baik.

"Di Melaka kali ini, saya rasa kerjasama sangat baik sejak awal lagi. Petugas PAS daripada negeri lain turut turun membantu calon BN di kawasan BN bertanding, sebagaimana BN juga bertugas di tempat calon PN bertanding. Kerjasama itu sangat baik," katanya ketika ditemui pada program Ceramah Grand Finale PN & BN di DUN Paya Rumput, di sini malam tadi.