Kuching: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg mahu anak Sarawak melengkapkan diri dengan ilmu dan kepakaran terkini bagi merebut peluang dalam sektor ekonomi baharu, khususnya ekonomi digital dan angkasa lepas.
Beliau berkata, kerajaan Sarawak berhasrat memperluas asas ekonomi negeri dengan meneroka bidang berteknologi tinggi yang memerlukan lebih ramai tenaga pakar tempatan, termasuk dalam kalangan generasi muda Melayu.
"Anak Sarawak teruslah berusaha untuk mempunyai ilmu yang terkini kerana Kerajaan Sarawak berhasrat untuk memperkayakan ekonomi kita, bukan sahaja dari sudut ekonomi digital, tetapi juga ekonomi angkasa lepas.
"Saya harap anak Sarawak termasuk Melayu akan terus berusaha menjadi pakar dalam bidang ekonomi baharu dunia dan mengangkat negeri Sarawak sebagai negeri yang boleh bersaing," katanya.









